AIDA SUHANA BINTI BARUDIN. Program Pembangunan Profesional INTAN; 2013. MENGKAJI TAHAP KEPUASAN KERJA KAKITANGAN DI PUSAT SETEMPAT/ ONE STOP CENTRE (OSC), DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL) TERHADAP KELANCARAN PELAKSANAAN OSC.
MENGKAJI TAHAP KEPUASAN KERJA KAKITANGAN DI PUSAT SETEMPAT/ ONE STOP CENTRE (OSC), DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL) TERHADAP KELANCARAN PELAKSANAAN OSC
Kertas kajian ini dijalankan bagi melihat hubung kait antara tahap kepuasan kerja kakitangan di Unit Urusetia Pusat Setempat/One Stop Centre (OSC) di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kelancaran pelaksanaan OSC. Kajian ini akan menguji sama ada tahap kemahiran atau latihan kakitangan, tahap keberkesanan infrastruktur dan keadaan persekitaran kerja akan mempengaruhi tahap kelancaran pelaksanaan OSC tersebut. Sampel kajian ini terdiri daripada kakitangan di Unit OSC dan pihak Principal Submitting Persons (PSP) yang terdiri daripada perunding arkitek, pemaju hartanah dan perunding jurutera. Sepanjang berada di Unit tersebut selama lima (5) hari waktu bekerja, kajian ini berjaya membuat temubual bersama wakil Pengurusan Sumber Manusia DBKL, kakitangan serta PSP bagi mendapatkan maklumbalas yang lebih jelas dan terperinci berkaitan dengan tajuk ini. Data yang diperolehi kemudiannya dianalisis menggunakan Aplikasi analisis data yang dijalankan bagi kajian ini adalah secara kualitatif. Data yang diperolehi dari borang soal selidik serta hasil temubual bersama kakitangan dan Principal Submitting Person (PSP) dianalisis menggunakan perisian IBM Statistical Product and Service Solutions (SPSS) Version 19.0 dengan teknik statistik berbentuk deskriptif dan regresi. Analisa dapatan yang berjaya ditemui ialah instrumen yang terdapat di dalam setiap pemboleh ubah tidak bersandar menunjukkan ujian kebolehpercayaan di antara nilai alpha sebanyak 0.676 hingga 0.879. Bagi analisa regresi pula, ia menunjukkan keadaan persekitaran kerja mempunyai perkaitan yang paling signifikan dengan mempunyai nilai beta tertinggi iaitu sebanyak 0.262. Secara keseluruhannya, pengurusan DBKL wajar melaksanakan penambahbaikan secara agresif dan pantas agar pelaksanaan OSC itu sendiri dapat dilakukan dengan pantas dan efisien. Serta ini membantu dalam penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada stakeholders yang terlibat seperti PSP.
Description
Dengan Kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur