Kajian ini merupakan kajian yang pertama dilaksanakan di Unit OSC, DBKL bagi mengkaji tahap kepuasan kakitangan. Unit OSC DBKL ini telah mula beroperasi sejak tahun 2007 dan penumpuan unit ini adalah kepada pemprosesan pelan-pelan pembangunan dan perancangan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kajian ini bakal mengupas beberapa faktor penghalang terhadap kelancaran pelaksanaan OSC dan memberi focus kepada kakitangan di Unit OSC DBKL sebagai responden utama kepada kajian. Ini secara tidak langsung akan dapat membantu pihak DBKL menjalankan penambahbaikan bagi memastikan kejayaan pelaksanaan OSC sekaligus mencapai sasaran yang ditetapkan di peringkat Nasional
Description
Dengan Kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur