SHERILYN EMARIZA BINTI SHARIFFUDDIN. Program Pembangunan Profesional INTAN; 2013. Mengkaji Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemasangan Bunting Secara Haram Di Kawasan Kepong.
Dewasa ini, isu pemasangan gegantung haram dilihat semakin berleluasa meskipun pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak DBKL dalam usaha membenteras fenomena ini. Walaupun terdapat Akta dan Undang-undang yang secara jelas menghalang kegiatan ini daripada terus merebak, masih belum jelas mengapa perkara ini bagaikan tiada nokhtahnya. Maka, satu kajian telah dilaksanakan bagi memahami permasalahan sebenar tenatang perkara ini dengan lebih mendalam selain mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemasangan gegantung secara haram oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Bagi memahami perkara ini dan mendapatkan penjelasan terhadap isu-isu yang masih samar, kawasan Kepong; salah satu daripada 11 kawasan selian DBKL di Kuala Lumpur telah dijadikan sebagai lokasi penyelidikan. Beberapa instrumen penyelidikan dan sorotan literatur terdahulu telah digunakan dalam memastikan hasil penyelidikan adalah tepat dan keputusan yang diperoleh adalah relevan dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi bagi memastikan hasil penyelidikan ini dapat digunakan sebagai satu rujukan ilmiah pada masa akan datang. Borang kajiselidik dan temubual kepada orang awam telah dijalankan bagi mendapatkan input yang diperlukan. Makluman daripada respondan telah dianalisi menggunakan program Statistical Package for The Social Science (SPSS) dan keputusan analisa dengan kadar item means yang tertinggi sebanyak 3.621 bagi Summary Item Statistics dan kadar Sisihan Piawai sebanyak 4.428 mendapati bahawa publisiti merupakan angkubah bebas (IV) yang menjadi penyumbang terbesar dalam mempengaruhi pemasangan gegantung secara haram di daerah Kepong. Merujuk kepada kenyataan dengan memperoleh kadar mean yang tertinggi bagi Item Statistics iaitu sebanyak 4.03 jelas menunjukkan keputusan responden menjurus untuk bersetuju bahawa penggunaan media baru adalah satu keperluan sebagai wadah publisiti serta penyebaran maklumat kepada masyarakat sekaligus menggurangkan masalah pemasangan gegantung haram
Description
Dengan Kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur