MOHD ZARIQ BIN MAT ZIN. Program Pembangunan Profesional INTAN; 2013. Mengkaji Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemasangan Bunting Secara Haram Di Kawasan Kepong.
Ramai orang berlumba-lumba mengejar kejayaan dan kekayaan yang melimpah ruah di ibu kota yang pesat membangun. Dalam keghairahan mereka itu tanpa disedari menempiaskan impak buruk terhadap orang lain di sekeliling mereka. Di mana sahaja pasti kelihatan kertas-kertas iklan mahupun banner atau bunting haram digantung dan ditampal. Sudahlah dilekatkan atau digantung secara haram, diletaknya pula pada tempat yang tidak sepatutnya sehingga menyusahkan penduduk dan juga pemandu. Sedikit sebanyak pemnadangan ini mencacatkan imej sesebuah bandar tersebut. Dari kaca mata orang luar yang menyaksikan keadaan sebegini, mudah sahaja melabelkan ia sebagai sebuah bandar yang kotor. Bukan sahaja papan tanda jalanan menjadi mangsa tetapi tiang telefon, dinding kedai, tiang lampu isyarat dan kotak tenaga elektrik turut menjadi mangsa sasaran iklan haram ini. Jika dahulu warga muda sering sahaja disalahkan atas kelakuan vandalisme tetapi sekarang ini semua golongan turut terlibat dengan aktiviti tidak bermoral ini. Walaupun sudah dipantau dan dibersihkan oleh pihak berkuasa tetapi ianya bagaikan mencurai air ke daun keladi. Perlu ada suatu aktiviti atau kempen yang memberi kesedaran kepada semua minda masyarakat agar sama-sama membendung gejala vandalisme ini. Kita semua wajib menyokong kempen yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Semuanya bermula dari kita sendiri sama ada kita mahu ataupun tidak sahaja
Description
Dengan Kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur