Skop kajian ini paada mulanya adalah berkaitan dengan mengenalpasti kawasan-kawasan hotspot yang menjadi tumpaun pelancong di Kuala Lumpur. Namun begitu, setelah perbincangan lanjut dibuat bersama-sam ahli kumpulan dan juga pegawai penyelia dari DBKL dan INTAN, maka kami telah bersetuju untuk memilih KL Sentral sebagai subjek utama dalam melaksanakan kajian lapangan ini. Ini adalah disebabkan kerana perancangan dan perbelanjaan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan untuk menjadikan KL Sentral sebagai pusat tumpuan pelancong. Merujuk kepada atrikel daripada Business Times bertarikh 3 Disember 2012, kumpulan kami telah memberikan cadangan ini kepada pegawai penyelia dari DBKL iaitu Puan Dalilah bagi mendapatkan persetujuan dan telahpun mendapat maklum balas yang positif dari beliau. Artikel tersebut menyatakan bahawa KL Sentral merupakan hotspot pelancongan menjelang tahun 2015 dan lanjutan daripada itu, kami mengambil inisiatif untuk melaksanakan kajian untuk mengkaji sejauh mana persediaan dari segi pembangunan dan juga persepsi masyarakat berhubung artikel tersebut dan peruntukan sejumlah RM15 billion yang disediakan oleh kerajaaan dalam merealisasikan KL Sentral sebagai pusat tumpuan pelancong pada masa akan dating. Segala perbincangan, pembahagian tugasan dan pengumpulan data-data serta maklumat bagi sorotan literator telah pun dibuat di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam. Tugasan-tugasan awal ini adalah untuk merangka soalan-soalan bagi kaji selidik yang akan diedarkan kepada pengguna dan pelancong di KL Sentral. Sebanyak 200 helai set soalan telah diedarkan bagi tujuan pengumpulan maklumat untuk dimasukkan ke sistem SPSS. Analisa kajian telah dibuat berdasarkan maklumat yang didapati dan hasil kajian telah menunjukkan keputusan yang positif bagi tujuan untuk dipanjangkan kepada pihak DBKL untuk dikaji secara mendalam.
Description
Dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur