RAVI A/L MAHALINGAM. Program Pembangunan Profesional INTAN; 2013. Kajian Persepsi Penduduk Sekitar Taman Beringin Terhadap Operasi Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Taman Beringin.
Di Malaysia, masalah sisa pepejal merupakan isu yang sering diperbahaskan. Adalah dianggarkan bahawa dalam situasi semasa, kadar purata penjanaan sisa di Bandaraya Kuala Lumpur ialah di antara 1.5 hingga 3 kilogram per kapita sehari. Bagi tujuan pengurusan dan pelupusan sisa pepejal yang berkesan di Bandaraya Kuala Lumpur, sebuah Stesen Pemindahan Sisa Pepejal telah diwujudkan di Taman Beringin. Namun demikian, Stesen Pemindahan Sisa ini beroperasi berhampiran kawasan perumahan. Oleh yang demikian, satu kajian telah dilakukan bagi mengetahui persepsi penduduk sekitar Taman Beringin terhadap Stesen Pemindahan Sisa Pepejal tersebut. Di samping itu juga, kajian ini mengkaji tahap kesedaran penduduk tempatan mengenai pengurusan sisa pepejal domestik di Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa stesen pemindahan sisa pepejal tersebut tidak membawa kesan negatif secara langsung terhadap penduduk tempatan. Malahan syarikat konsesi yang menguruskan stesen tersebut telah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik yang mana operasinya tidak mengganggu aktiviti harian penduduk tempatan atau mencemarkan alam sekitar.
Description
Dengan Kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur