Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan warisan adalah sesuatu yang masih baru di Malaysia maka tenaga kerja dan kemahiran yang berkaitan dalam bidang ini tidak begitu banyak didedahkan kepada masyarakat umum. Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan warisan ini memerlukan perancangan rapi bagi memastikan segala kerja-kerja pemeliharaan dan pemuliharaan dilakukan dengan mengambil kira ciri-ciri asal sesuatu bangunan warisan itu. Kajian yang dilakukan ini adalah untuk mengupas dengan lebih mendalam lagi tentang isu pemeliharaan dan pemuliharaan Jambatan Putus, Buluh Kasap, Segamat .
Description
Kajian Peserta: Jagdeesh Kaur A/P Mohan Singh,Sidang C