Mohd Zulhilmi Bin Azizan. Program Pembangunan Profesional INTAN; 2013. Keberkesanan Pembangunan di KL Sentral Untuk Dijadikan Lokasi Tumpuan Pelancongan.
Pemasangan iklan haram telah mula menjadi – jadi di sekitar bandar raya Kuala Lumpur pada awal tahun 2000 dan tampak seperti tiada kesudahannya biarpun pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan operasi menurunkan dan menanggalkannya. Kajian lapangan pada kali ini dijalankan bagi mengenal pasti faktor – faktor utama yang mempunyai hubung kait dalam mempengaruhi pemasangan bunting secara haram di kawasan Kepong iaitu prosedur, penguatkuasaan, publisiti, permintaan dan kesesuaian iklan. Kajian pada kali ini juga menggunakan dua kaedah yang dijalankan secara serentak iaitu secara Borang Kaji Selidik dan Temu Ramah. Persampelan yang digunakan adalah secara rawak mudah yang membabitkan 100 orang responden terdiri daripada peniaga, pengiklan dan orang awam serta kakitangan dan pegawai DBKL. Daripada analisa yang dilakukan melalui Statistical Package for The Social Science (SPSS), kadar item means yang tertinggi sebanyak 3.621 bagi Summary Item Statistics dengan kadar Sisihan Piawai sebanyak 4.428 mendapati bahawa publisiti merupakan pembolehubah tak bersandar (IV) yang menjadi penyumbang terbesar dalam mempengaruhi pemasangan bunting secara haram di daerah Kepong. Merujuk pada kadar mean yang tertinggi bagi Item Statistics iaitu sebanyak 4.03 jelas menunjukkan keputusan responden yang bersetuju bahawa menggunakan media baru sebagai medium utama bagi tujuan promosi diikuti dengan kaedah penyampaian maklumat berkaitan prosedur yang lebih mudah dan sumber memperolehi maklumat berkaitan prosedur. Rentetan daripada itu, langkah-langkah penambahbaikan dalam mengatasi isu pemasangan bunting secara haram ini yang kerap kali berulang diketengahkan dalam bab terakhir kajian lapangan ini agar boleh dijadikan sebagai sumber rujukan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam usaha untuk menangani isu pemasangan bunting secara haram di Kepong khususnya dan di sekitar bandar raya Kuala Lumpur amnya
Description
Dengan Kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur