Selaras dengan dasar kerajaan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah kawasan yang bebas setinggan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah diberi tanggungjawab bagi memastikan peruntukan rumah mencukupi untuk semua peringkat pendapatan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan taburan perumahan diseimbangkan. Dengan itu, DBKL telah memberi penekanan dalam menyediakan rumah kos rendah untuk golongan berpendapatan rendah supaya mampu memiliki atau menyewa rumah. Satu kajian telah dibuat untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya tunggakan sewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR). Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti sama ada pendapatan isi rumah, usaha penguatkuasaan oleh DBKL, kaedah pembayaran sewa dan komitmen sebagai penghuni adalah menyumbang kepada masalah tunggakan sewa di PPR Laksamana. Diharapkan dengan terhasilnya kajian ini dapat membantu pihak DBKL terutamanya Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti dalam mengurangkan bilangan penghuni yang mempunyai tunggakan sewa di PPR Laksamana.
Description
Dengan Kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur