KHAIRUL HISYAM BIN ABDULLAH. Program Pembangunan Profesional INTAN; 2013. PERSEPSI PENDUDUK SETEMPAT TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN VANDALISME DI TAMAN KEJIRANAN AYER PANAS, SETAPAK.
Kaji selidik ini dilaksanakan bagi tujuan mendapatkan persepsi penduduk sekitar Taman Kejiranan Ayer Panas (TKAP), Setapak terhadap kegiatan vandalisme yang sering berlaku di taman terbabit. Vandalisme merupakan suatu bentuk gejala sosial yang kerap berlaku di Malaysia. Ia adalah suatu isu yang serius dan memberikan impak negatif terhadap jabatan atau agensi berkaitan malah juga terhadap negara. Kajian ini akan bertumpu kepada persepsi penduduk sekitar TKAP Setapak mengenai faktor-faktor berlakunya kegiatan vandalisme. Hasil penyelidikan dan kajian terdahulu, empat faktor utama yang memangkin kelakuan vandalisme telah dideduksikan. Empat pembolehubah telah ditetapkan iaitu faktor sosio ekonomi, keselamatan dan penguatkuasaan, persekitaran dan sikap. Seramai 398 responden yang mewakili populasi penduduk setempat telah dipilih secara rawak untuk memperoleh data-data berkaitan persepsi mereka melalui kaedah temu bual dan borang soal selidik. Output yang diperoleh dianalisis menggunakan aplikasi SPSS melalui analisa statistik deskriptif (min, kekerapan dan peratus). Dapatan kaji selidik ini menunjukkan bahawa komuniti sekitar TKAP Setapak memberi persepsi bahawa faktor sosio ekonomi merupakan faktor penyumbang utama kepada berlakunya kegiatan vandalisme di TKAP Setapak di samping faktor persekitaran, keselamatan dan sikap penduduk berhampiran. Oleh itu, penemuan yang diperolehi dalam kajian ini diharap dapat membantu dan dijadikan langkah penambahbaikan dalam memastikan TKAP Setapak secara khususnya dan taman-taman awam di Kuala Lumpur ini secara umumnya terpelihara dan membantu pihak DBKL dalam membanteras kegiatan vandalisme
Description
Dengan Kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Identifier
vital:166
Identifier
valet-20161123-102956
Language
English
Relation
Modul Kajian Lapangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur