HAMI ERINA BT RUSLI . Program Pembangunan Profesional INTAN; 2013. KEBERKESANAN PELAKSANAAN DASAR PPR DI DALAM PERANCANGAN PENEMPATAN PENDUDUK DI PPR SRI PANTAI, BANGSAR, KUALA LUMPUR.
Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah satu program Kerajaan untuk menempatkan semua setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Jabatan Perumahan Negara (JPN), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana bagi projek-projek PPR di seluruh negara. Tujuan PPR ini diperkenalkan adalah untuk mencapai matlamat setinggan sifar pada tahun 2000. Program ini dimulakan bertujuan untuk menempatkan setinggan-setinggan yang terlibat dengan projek-projek pembangunan kerajaan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Lembah Kelang dalam Negeri Selangor. Walaubagaimanapun, sejauhmana penubuhan PPR ini dapat memenuhi keselesaan hidup rakyat yang berpendapatan rendah ini yang rata-ratanya dahulu tinggal di kawasan setinggan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap Keberkesanan Pelaksanaan Dasar PPR Di Dalam Perancangan Penempatan Penduduk di PPR Sri Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur. Kajian ini akan menggunakan ’maximum variation sampling’ bagi memastikan persampelan yang diambil terdiri dari pelbagai latarbelakang seperti umur, bangsa dan pendapatan bulanan terkumpul serta berdasarkan kepada ujian kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha yang mengandungi pembolehubah yang diukur menggunakan Skala Likert melalui soal selidik kepada 120 orang responden. Kajian ini berdasarkan kepada 5 pembolehubah iaitu iaitu golongan sasar, lokasi, kemudahan & infrastruktur, rekabentuk serta keselamatan digunapakai bagi mengukur keberkesanan pelaksanaan Dasar PPR. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu pihak DBKL dan pihak-pihak yang terlibat untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah yang dialami oleh penduduk PPR bagi memastikan matlamat dasar ini tercapai
Description
Dengan Kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur