Esmie bin Sukiang. Pusat Pembangunan Profesional INTAN; 2012. Pembangunan sosioekonomi: Kajian terhadap ketidakseimbangan sosial dalam perniagaan runcit di Daerah Kluang, Johor.
Bidang sosioekonomi melibatkan kajian mengenai pengaruh atau kesan aktiviti-aktiviti ekonomi di sesuatu kawasan terhadap kehidupan sosial penduduk setempat. Apabila membicarakan pembangunan sosioekonomi, maka taraf hidup dan pendapatan penduduk ditingkatkan melalui pembangunan ekonomi di sesuatu tempat. Antaranya seperti kewujudan jalan raya, infrastruktur dan kemudahan asas (air, elektrik dan sebagainya) seumpamanya dapat menjana pembangunan di sesuatu kawasan dengan menarik minat pelaburan dalam sektor perniagaan, perkilangan, perkhidmatan dan sebagainya. Pembangunan ekonomi tersebut akhirnya akan membuka peluang pekerjaan yang luas dan seterusnya meningkatkan taraf hidup sosial penduduk setempat.