RAIHANA BINTI MOHD GHAUS. Program Pembangunan Profesional INTAN; 2013. PENGLIBATAN PENDUDUK TERHADAP PROGRAM SUKARELAWAN DI KAWASAN PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR) SERI SEMARAK, KUALA LUMPUR.
Isu berkaitan kesukarelawanan semakin mendapat perhatian dikalangan masyarakat Malaysia. Rata-rata dapat dilihat semakin banyak aktiviti berkaitan kesukarelawanan dipromosikan di media cetak dan elektronik. Namun begitu, penglibatan masyarakat dalam program kesukarelawanan masih berada pada tahap yang rendah. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap penglibatan penduduk di Projek Perumahan Rakyat PPR Seri Semarak, Kuala Lumpur dalam program kesukarelawanan yang dijalankan oleh Persatuan Penduduk di PPR tersebut. Dengan memfokuskan kajian ini terhadap tahap penglibatan penduduk di Projek Perumahan Rakyat PPR Seri Semarak, Kuala Lumpur terhadap program kesukarelawanan yang dijalankan oleh Persatuan Penduduk PPR tersebut, dapatan kajian boleh memberi gambaran awal mengenai penglibatan masyarakat dalam bidang kesukarelawanan khusunya dari kalangan berpendapatan rendah. Dalam kajian yang dijalankan, 306 responden telah memberi maklumbalas melalui boring kaji selidik telah diedarkan kepada penduduk di PPR Seri Semarak. Persoalan dalam borang kaji selidik ini lebih menjurus kepada faktor-faktor yang menyumbang kepada pelaksanaan program kesukarelawanan serta kecenderungan penduduk terhadap aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Analisis deskriptif yang dijalankan ke atas data yang diperolehi telah menunjukkan bahawa faktor kesedaran memainkan peranan yang amat penting dalam membolehkan seseorang itu berminat untuk menyertai program kesukarelawanan. Oleh demikian, adalah amat wajar bagi pihak DBKL dan Persatuan Penduduk mengadakan lebih banyak promosi kesedaran bagi meningkatkan penglibatan golongan belia dalam aktiviti kesukarelawanan di kawasan setempat.
Description
Dengan Kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur