Mohd Azlisham bin Abd Rahman. Program Pembangunan Profesional INTAN; 2013. Faktor Tunggakan Sewa Penghuni Projek Perumahan Rakyat PPR Laksmana Jalan Peel Cheras Kuala Lumpur.
Projek Perumahan Rakyat (PPR) begitu sinonim dengan masalah tunggakan sewa yang dianggarkan bernilai 55 juta keseluruhannya di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Justeru rentetan daripada isu ini maka kajian rintis dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya tunggakan sewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Laksamana. Seramai 250 responden telah ditemuramah berdasarkan kepada 5 pemboleh ubah dan data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian SPSS dan Mikrosoft Excel untuk mendapatkan min dan analisis Cronbach's Alpha. Keputusannya, Bahagian C berbentuk negatif dengan skala Likert 2-setuju dan 3-kurang setuju, iaitu tidak menyimpan sebahagian gaji untuk membayar sewa (min 3.08), pendapatan tidak cukup untuk membayar sewa (min 2.83), pendapatan tidak tetap menyukarkan membayar sewa (min 2.82), tanggungan yang ramai penyebab tidak mampu membayar sewa (min 2.78) dan beban hutang yang tinggi menyebabkan tidak mampu membayar sewa (min 3.30). Kesimpulannya adalah penghuni PPR Sri Laksamana majoritinya tidak menyimpan sebahagian dari gaji bulanan untuk membayar sewa, menyebabkan berlakunya tunggakan yang melebihi 3 bulan. Mereka juga mempunyai pendapatan isi rumah yang tidak mencukupi untuk membayar tunggakan sewa dan ini disokong oleh keputusan demografi pendapatan isi rumah responden majoriti 36.4% berpendapatan diantara RM801 sehingga RM1200. Fakta ini turut disokong oleh keputusan demografi pekerjaan responden yang 51.6% tidak berkerja dan pekerjaan pasangan responden yang 61.6% juga tidak bekerja, yang sekaligus berstatus pendapatan tidak tetap, lebih menyukarkan mereka untuk membayar sewa secara konsisten setiap bulan dan melunaskan tunggakan sewa yang melebihi 3 bulan.
Description
Dengan Kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur