Penganjuran Bazaria Larut Malam (BLM) adalah suatu konsep dalam menyediakan sebuah tapak bagi tujuan penjualan di waktu dinihari yang diwujudkan bagi memberi peluang kepada wargakota dan golongan peniaga untuk menambah pendapatan. Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Bazaria Larut Malam (BLM) telah diwujudkan pada awal tahun 2006 dan Pusat Penjaja Danau Kota, Setapak telah menjadi lokasi pertama diadakan Bazaria iaitu pada 17 Februari 2007.Semenjak tahun penubuhannya, Bazaria ini telah berjaya mencapai matlamat asalnya untuk membantu menaikkan pendapatan masyarakat setempat dan pada masa yang sama berjaya menaikkan nilai premis-premis perniagaan di sekitar tapak bazaar terutamanya Pusat Penjaja Danau Kota, Setapak. Peningkatan mendadak dari sejumlah 333 penjaja yang sudah berdaftar dengan pihak DBKL yang kini mencecah hampir melebihi 500 lebih menjadi punca kepada peningkatan permasalahan dan pengaduan awam masyarakat setempat bermula tahun 2009 sehinggalah sekarang.Pihak DBKL sedang di peringkat cadangan bagi memindahkan tapak atau lokasi asal bazaar ke sebuah lokasi baru yang berhampiran. Kajian yang dilaksanakan adalah berbentuk kajian tinjauan melalui kaedah temuramah yang akan dilaksanakan ke atas kumpulan-kumpulan yang berkepentingan bagi mengkaji sejauh mana sokongan dan maklumbalas mereka tentang cadangan pemindahan tapak bazaar samada benar-benar akan menyelesaikan segala isu dan permasalahan yang dibangkitkan atau tidak. Hasil dapatan berpandukan sumber aduan DBKL dan melalui proses temuramah akan dianalisis menggunakan kaedah Logigal Framework Approach (LFA) untuk mencari sejauh mana keberkesanan pemindahan tapak bazar berkait dengan objektif dan matlamat projek.Analisa temuramah ke atas empat puluh (40) responden pula akan dianalisa menggunakan kaedah persampelan secara rawak.. Melalui dapatan hasil kajian dan dengan menggunakan kaedah Blue Ocean Strategy (BOS) beberapa cadangan penambahbaikan dikemukakan untuk perhatian pihak DBKL sebelum melaksanakan proses pemindahan tapak bazar untuk menjamin kesejahteraan penduduk setempat di sekitar Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur
Description
Dengan Kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur