Nazneen Binti Abdul Malik. Program Pembangunan Profesional INTAN; 2013. Kajian pengaruh persaingan peluang pekerjaan terhadap kecenderungan masyarakat untuk hidup sebagai gelandangan di pusat bandaraya kuala lumpur.
Gelandangan merupakan golongan masyarakat yang tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap dan hidup berteduh di kaki lima, bawah jambatan dan juga stesen bas. Isu ini semakin dipandang serius oleh kerajaan kerana peningkatan jumlah gelandangan agak merisaukan. Rata-rata antara mereka mengatakan faktor utama terpaksa bergelar gelandagan adalah kerana faktor mendapat peluang pekerjaan bagi menampung kehidupan seharian. Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengambil inisiatif membuka pusat intervensi sementara yang dikenali sebagai Anjung Singgah bagi membantu golongan gelandangan mendapatkan khidmat kaunseling bagi mendapatkan peluang pekerjaan. Makanan dan tempat tinggal disediakan bagi golongan gelandangan bagi tempoh dua minggu pertama tiba di Anjung Singgah. Usaha dan inisiatif ini sekurang-kurangnya dapat menunjukkan jalan kepada gelandangan untuk lebih berdaya saing dalam pekerjaan terutama di bandaraya Kuala Lumpur yang penuh cabaran.
Description
Dengan Kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur