SITI MAIZATUL AKMALISSA BINTI MOHD TASERIP. Program Pembangunan Profesional INTAN; 2013. POTENSI PELANCONGAN BANGUNAN WARISAN DI KUALA LUMPUR: PUSTAKA PERINGATAN KUALA LUMPUR.
Malaysia telah berigiat aktif dalam usaha untuk memelihara bangunan-bangunan Warisan sejak 30 hingga 40 tahun yang lalu. Lebih daripada 60 monumen dan 25 tempat bersejarah telah dinaik taraf sebagai tarikan pelancong Kesedaran ke arah usaha memulihara bangunan-bangunan warisan ini bergerak agak perlahan. Usaha bersepadu ke arah matlamat ini boleh memberikan kesan positif kepada Negara khususnya dalam bidang pelancongan. Sama ada bangunan-bangunan warisan ini penting untuk diperlihara ataupun tidak, ia masih menjadi persoalan pelbagai pihak. Sejauh mana bangunan warisan itu perlu dipelihara dan kesan serta faedahnya kepada komuniti turut dibangkitkan. Umum maklum bahawa sememangnya telah ada usaha yang dilakukakan oleh kerajaan, badan bukan Kerajaan (NGO), syarikat swasta dan sebagainya bagi memelihara bangunan warisan di Kuala Lumpur. Namun, adakah masyarakat umum sedar akan kepentingan bangunan warisan yang ada di Kuala Lumpur sehingga kita boleh mengahargai dan melawat bangunan-bangunan warisan yang ada di Kuala Lumpur. Persoalan tersebut timbul berikutan jumlah pelancong atau pelawat domestik yang berkunjung ke bangunan-bangunan warisan masih belum berada pada tahap yang memuaskan. Kertas kajian ini bertujuan melihat potensi pelancongan bangunan warisan di Kuala Lumpur iaitu Pustaka Peringatan.
Description
Dengan Kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur